Jadual Perbandingan 10 Web Hosting Terbaik Malaysia Bajet 100
Pelbagai pakej hosting murah di tawarkan dari RM 10/Setahun mencecah RM 100 dan keatas setahun bagi Linux Shared Hosting. Untuk jangka masa panjang, pemilihan web hosting terbaik amat diperlukan.
Pemilihan berkualiti, wang ringgit bukanlah salah satu kriteria penting dalam senarai. Antara ciri nadi yang diperlukan cuma ada tiga :
- Syarikat hosting di jamin bertahan lama bagi memastikan segala data tidak lenyap bersama penutupan syarikat.
- Perkhidmatan bantuan pelanggan yang berkualiti dari sudut masa 24/7, kepantasan membantu apabila diperlukan, pengetahuan dan kecekapan mengurangkan minit dalam menyelesaikan masalah.
- Pakej ditawarkan tidak hanya fokus pada bandwidth dan storage malah domain percuma, cloudflare, database, subdomain, add-on domain, ftp, uptime, memberikan satu pakej yang bertepatan dengan harga.
Jadual Perbandingan 10 Web Hosting Terbaik Malaysia
Bersumberkan senarai jadual hosting murah sebelum ini, jadual perbandingan 10 hosting terbaik Malaysia bagi bajet 100 di bina berdasarkan penilaian di bawah :
- Rekod syarikat yang baik berdasarkan statistik dan penilaian pengguna.
- Pagerank (PR) penghargaan Google.
- Alexa rank menunjukkan data trafik pelawat.
- Penilaian secara rambang tawaran yang diberikan selain daripada bandwidth dan web storage.
- Cuba sedaya upaya mencari dan menilai review berkualiti pengguna disamping menilai perkhidmatan bantuan pelanggan agar dapat memberikan ranking dan rating yang bersesuaian.
Rank | Pakej | Space (GB) | Bandwidth (GB) | Pagerank | Alexa Rank (MY) | Rating (Rate/5) | Total Domain | Harga (RM/Tahun) |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Exabytes Xtudent | 1 | 005 | 5 | 0205 | 5 | 32310 | 99.00 |
2 | Internet Webhosting Business | 20 | 080 | 4 | 0904 | 4 | 08094 | 100.00 |
3 | ServerFreak Supreme | 30 | 025 | 3 | 0621 | 4.5 | 05352 | 100.00 |
4 | Data KL mini | 5 | 035 | 4 | 3294 | 4.5 | 02095 | 90.00 |
5 | Jomhosting 2GB | 2 | 100 | 3 | 2613 | 4 | 01913 | 90.00 |
6 | NetKL myGold | 1.5 | 020 | 3 | 1061 | 4 | 03991 | 100.00 |
7 | Fivio Freya | 5 | 030 | 3 | No Data | 3.5 | 00176 | 60.00 |
8 | KL Server 3GB | 3 | Unlimited | 2 | 2818 | 3 | No Data | 100.00 |
9 | Mercu Maya Personal M | 10 | 100 | 4 | 1351 | 3 | No Data | 98.00 |
10 | Asia Host SOHO | 10 | 010 | 3 | 2464 | 3 | No Data | 50.00 |
Penilaian dibuat tanpa berat sebelah dari saya pengguna pakej ServerFreak Supreme hampir setahun tanpa masalah dan khidmat bantuan pelanggan (Customer support) yang memuaskan apabila diperlukan.
Leave a Reply